Friday, October 09, 2009

Doa selepas solat

Bismillah


Alhamdulillah selawat dan salam keatas Rasulullah.

Bersyukur kita kepada Allah kerana masih mengekal kita diatas jalan al-Quran dan as-sunnah dengan kefahaman yang benar.


Sebelum berbicara dengan lebih lanjut ada baiknya kita ulang kembali syarat sesuatu ibadat itu diterima. Syarat yang ialah ikhlas kerana Allah manakala syarata yang kedua mengikut sunnah Rasulullah.


Pada tulisan kali ini kita akan membincangkan tentang perihal berdoa selepas solat secara berjemaah.

Ramai yang bertanya serta kehairanan tentang perkara ini, lebih-lebih lagi para ustaz yang datang tidak berdoa selepas mereka solat fardhu. Adakah benar bahawa ustaz-ustaz ini tidak berdoa ? adakah mereka seorang yang sombong kepada Allah kerana selepas solat ada yang terus pergi begitu sahaja ?


Perkara yang dilakukan nabi selepas solat


Kebiasaannya selepas sola Nabi duduk sebentar untuk berzikir atau terus beredar sahaja. Dalam tulisan ini kita hanya fokus tentang bab doa selepas solat sahaja manakala hadis tentang zikir telah dikemukan pada risalah-risalah yang lepas. Mungkin boleh rujuk risalah tersebut.


Telah diriwayatkan daripada hadis-hadis yang sahih bahawa selepas solat Nabi s.a.w :


كان رسول الله صلى الله عليه و سلم إذا سلم من صلاته قام النساء حين يقضي تسليمه ومكث النبي صلى الله عليه و سلم في مكانه يسيرا


Maksud : Rasulullah (shalallahu 'alaihi wasallam) apabila memberi salam setelah solatnya, kaum wanita berdiri setelah baginda menyelesaikan salamnya; sedangkan Nabi shalallahu 'alaihi wasallam sendiri diam di tempatnya sebentar.(H/R Baihaqi. Begitu juga bukhari, Ahmad dan Ibnu Majah dengan lafaz yang sedikit berbeza tetapi makna yang sama)


عن عائشة قالت : كان رسول الله صلى الله عليه و سلم إذا سلم لا يقعد إلامقدار ما يقول اللهم أنت السلام ومنك السلام تباركت ذا الجلال والإكرام


Maksud : A'ishah (radhiallahu ‘anha) berkata: "Nabi shalallahu 'alaihi wasallam

apabila mengucapkan salam, (menunjukkan solat telah selesai); baginda tidak duduk kecuali sekadar mengucapkan 'Allahumma antas salam, wa min kas salam, tabarakta dzal Jalali wal Ikram (dalam riwayat lain disebut: yadzal Jalali wal Ikram). (H/R Tirmizi, tirmizi berkata hadis Aisyah hasan sahih. Albani mensahihkannya)


عن جابر بن يزيد بن الأسود عن أبيه أنه : صلى مع رسول الله صلى الله عليه و سلم صلاة الصبح فلما صلى انحرف


Maksud : Jabir bin Yazid Ibnu Aswad berkata, dari ayahnya bahawa dia pernah solat bersama Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam dalam solat Subuh. Setelah selesai solatnya, baginda segera meninggalkan tempat solatnya (H/R an-Nasai. Disahihkan oleh Albani)


Al-Imam asy-Syafie berkata :


Saya (al-Syafi'i) memandang baik bagi imam dan makmum, bahawa berzikir kepada Allah, sesudah keluar (selesai) daripada solat. Kedua-duanya menyembunyikan zikir kecuali bahawa dia itu adalah seorang imam yang harus orang belajar darinya. Allah Azza wa jalla telah berfirman:


... dan janganlah engkau menyaringkan bacaan doa engkau atau solatmu,

juga janganlah engkau perlahankannya... (al-isra’ : 110)


Iaitu, Allah sahaja yang Maha Mengetahui, ialah doa. Tidaklah engkau keraskan, ertinya janganlah engkau tinggikan suara. Dan tidak engkau diam sahaja, ertinya sehingga tidak dapat engkau dengar sendiri.

Saya mengira (berpendapat) bahawa yang diriwayatkan daripada Ibnu Zubair adalah dari tahlilnya Nabi shalallahu 'alaihi wasallam. Dan yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas adalah dari takbirnya, sebagaimana yang kami riwayatkan dari Nabi shalallahu 'alaihi wasallam [zikir secara jahr (dengan suara yang kuat) selepas solat seperti yang telah dipaparkan di atas – pen yakni Mohd Yaakob Mohd Yunus] .


Saya mengira (berpendapat) bahawa Nabi shalallahu 'alaihi wasallam mengeraskan sedikit suaranya, supaya manusia dapat belajar daripadanya. Yang demikian itu kerana umumnya riwayat yang kami tuliskan bersama ini dan yang lainnya, tidak disebutkan padanya sesudah salam, akan pembacaan tahlil dan takbir.


Kadang-kadang disebutkan bahawa Nabi shalallahu 'alaihi wasallam berzikir sesudah solat, dengan yang saya terangkan itu, dan disebutkan juga perginya Nabi shalallahu 'alaihi wasallam dari solat tanpa zikir. Dan Ummu Salamah menyebutkan berhentinya Nabi shalallahu 'alaihi wasallam sekejap sesudah solat dan beliau tidak bezikir dengan keras (kuat).


Saya mengira, bahawa Nabi shalallahu 'alaihi wasallam tidak berhenti yang sekejap itu, selain untuk berzikir dengan zikir yang tidak keras suara.....


(al-Umm, jilid 1 m/s 295-297)


Hadis-hadis berdoa selepas solat


Telah diriwayatkan bahawa nabi pernah mengajar seorang sahabat berdoa selepas solat yang mana hadisnya berbunyi :


يا معاذ والله إني لأحبك والله إني لأحبك فقال أوصيك يا معاذ لا تدعن في دبر كل صلاة تقول اللهم أعني على ذكرك وشكرك وحسن عبادتك


Maksud : Ya Muaz! demi Allah! sesungguhnya aku mengasihi engkau, jangan engkau tinggalkan berdoa dengan doa اَللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ selepas sembahyang.”


Ulama berbeza pendapat adakah frasa في دبر كل صلاة (di dubur/ penghujung setiap solat).


Syeikh uthaimin pernah ditanya :


السؤال: ذكر الشيخ ابن تيمية أن المراد بدبر الصلاة آخرها, أي: قبل السلام, ألا يشكل على هذا قول الرسول صلى الله عليه وسلم: (من سبح لله دبر كل صلاة ثلاثة وثلاثين, وكبر الله ثلاثة وثلاثين .)؟


Maksud : Asy-Syaykh Ibnu Taymiyyah telah menyebut bahawa yang dikehendaki dengan DUBUR salat ialah akhirnya, iaitu sebelum salam. Tidakkah ia bercanggah dengan kata-kata Rasul: ?


Beliau menjawab :


الجواب: لا يشكل, شيخ الإسلام يقول: دبر الصلاة آخرها إذا كان ذلك في دعاء, وأما إذا كان في تسبيح فهو بعدها, وله دليل على ذلك, أما الأول وهو أنه إذا كان دعاءً فإنه يكون قبل السلام فدليله: أن النبي صلى الله عليه وسلم لما علم عبد الله بن مسعود للتشهد قال: (ثم ليتخير من الدعاء ما شاء) فدل هذا على أن الدعاء قبل السلام. وأما إذا كان ذكراً فدليله: أن المراد به بعد السلام قوله تعالى: فَإِذَا قَضَيْتُمُ الصَّلاةَ فَاذْكُرُوا اللَّهَ [النساء:103] فالنبي صلى الله عليه وسلم جعل الدعاء قبل السلام, والقرآن الكريم جعل الذكر بعد السلام, وهذا واضح. أما من حيث النظر فإنا نقول لهذا الذي يدعو بعد أن يسلم: أيهما أولى: أن تدعو الله عز وجل وأنت في حال دعاء يقضي من الإجابة؛ لأنك تناجي الله عز وجل, أو تدعو الله بعد الانفصال؟ الأول أولى, فصار كلام شيخ الإسلام رحمه الله راجحاً من وجهين: من جهة النص ومن جهة المعنى, وعلى هذا فقول الرسول صلى الله عليه وسلم لمعاذ بن جبل : (لا تدعن أن تقول دبر كل صلاة مكتوبة: اللهم أعني على ذكرك وشكرك وحسن عبادتك) يراد به ما قبل السلام.


Maksud : Jawab: Tidak bercanggah. Syaykhu l-Islam berkata: DUBUR salat ialah akhirnya apabila hal itu dalam doa. Dan apabila dalam tasbih, maka ia adalah selepasnya. Dan baginya dalil atas hal itu.

Yang pertama, bahawasanya apabila ia adalah doa, maka sesungguhnya ia adalah sebelum salam dan dalilnya: Bahawasanya Nabi apabila dia mengajar `Abda Llah bin Mas`ud untuk tasyahhud, dia berkata: . Maka ini menunjukkan bahawa doa adalah sebelum salam.

Dan apabila ia adalah zikir, maka dalilnya: bahawasanya yang dikehendaki dengannya adalah selepas salam, kata-Nya ta`ala: [An-Nisa': 103]

Maka Nabi telah menjadikan doa sebelum salam, dan Al-Qur'an telah menjadikan zikir selepas salam. Dan hal ini adalah jelas.

Dari segi pandangan, maka sesungguhnya kami ingin berkata kepada orang ini yang berdoa selepas dia bersalam: Yang mana antara keduanya adalah awla: Untuk kamu berdoa kepada Allah dalam keadaan kamu dalam keadaan berdoa yang ditunaikan daripada jawaban, kerana kamu sedang bermunajat kepada Allah? Atau kamu berdoa kepada Allah setelah selesai? Yang pertama adalah awla. Maka kata-kata Syaykhu l-Islam adalah benar daripada dua aspek: daripada aspek nas dan daripada aspek makna.

Dan di atas hal ini, maka kata-kata Rasulu Llah kepada Mu`az bin Jabal: dia berkehendak dengannya iaitu sebelum salam.


(liqa bab al-Maftuh, 103/11)

Soalan: Seorang penceramah di tempat saya telah memarahi mereka yang tidak tunggu berdoa bersama imam selepas solat fardu dan menyatakan Imam Syafi’i memarahi perbuatan tersebut. Benarkah demikian?

Jawapan: Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah pernah ditanya berhubung dengan mereka yang membantah imam kerana tidak berdoa selepas solat, beliau menjawab: “Tidak pernah Nabi s.a.w berdoa bersama makmum selepas solat lima waktu seperti yang dilakukan oleh sesetengah orang selepas solat Subuh dan Asar. Tidak pernah pernah diriwayat hal itu oleh seseorang pun. Tiada seorang pun dari kalangan imam empat yang menyatakan baiknya perkara itu. Sesiapa yang memetik daripada al-Imam al-Syafii bahawa dia menyukainya adalah salah. Ungkapannya yang ada dalam kitab-kitabnya menafikan hal itu. Demikian al-Imam Ahmad dan selainnya tidak pernah menyukai hal ini” .
Jika kita merujuk kepada Kitab al-Umm karya agung al-Syafii, ternyata apa yang sebut oleh Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah ini benar. Ini kerana al-Imam al-Syafii ketika mengulas hadith Ibn ‘Abbas: “Sesungguhnya mengangkat suara dengan zikir setelah orang ramai selesai solat fardu berlaku pada zaman Nabi s.a.w”.( Ibn Taimiyyah, Al-Fatawa al-Kubra, 1/215, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.)

Beliau berkata: “Pendapatku untuk imam dan makmum hendaklah mereka berzikir selepas selesai solat. Hendaklah mereka mensenyapkan zikir, kecuali jika imam mahu dipelajari daripadanya (bacaan-bacaan zikir-pen), maka ketika itu dijelaskan zikir. Sehingga apabila didapati telah dipelajari daripadanya. Maka selepas itu hendaklah dia perlahankan”. Adapun mengenai hadith Ibn ‘Abbas di atas al-Imam al-Syafi’i menjelaskan seperti berikut: Aku berpendapat baginda menjelaskan suara (zikir) hanya seketika. Untuk orang ramai mempelajarinya daripada baginda. Ini kerana kebanyakan riwayat yang telah kami tulis bersama ini, atau selainnya tidak menyebut selepas salam tahlil dan takbir. Kadang-kala riwayat menyebut baginda berzikir selepas solat seperti yang aku nyatakan, kadang-kala disebut baginda pergi tanpa zikir. Ummu Salamah pula menyebut duduk baginda (selepas solat) tetapi tidak menyebut baginda zikir secara terang. Aku berpendapat baginda tidak duduk melainkan untuk berzikir secara tidak terang. Jika seseorang berkata: Seperti apa? . Aku katakan: Seperti baginda pernah bersolat di atas mimbar, yang mana baginda berdiri dan rukuk di atasnya, kemudian baginda undur ke belakang untuk sujud di atas tanah. Kebanyakan umur baginda, baginda tidak solat di atasnya. Tetapi aku berpendapat baginda mahu agar sesiapa yang jauh yang tidak melihat baginda mengetahui bagaimana berdiri (dalam solat), rukuk dan bangun (dari rukuk). Baginda ingin mengajar mereka keluasan dalam itu semua. Aku suka sekiranya imam berzikir nama Allah di tempat duduknya sedikit dengan kadar yang seketika selepas kaum wanita pergi. Ini seperti apa yang Umm Salamah katakan. Kemudian imam boleh bangun. Jika dia bangun sebelum itu, atau duduk lebih lama dari itu, tidak mengapa. Makmum pula boleh pergi setelah imam selesai memberi salam, sebelum imam bangun. Jika dia lewatkan sehingga imam pergi, atau bersama imam, itu lebih aku sukai untuknya). (Al-Syafi’i,Mausu‘ah al-Imam al-Syafi’i: Al-Umm, 1/353 Beirut: Dar Ihya al-Turath al-‘Arabi.)

Maka dengan ini dakwaan penceramah di tempat saudara itu tidak tepat.

Allah Lebih Mengetahui
Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

Sekian ringkasan ini. wallahu’alam

Sumber :

a) http://hafizfirdaus.com/ebook/PersoalanSolat/10.htm#_ftn20

b) http://www.al-fikrah.net/Forums/viewtopic/t=7759/postdays=0/postorder=asc/highlight=thariq/start=0.html

c) http://drmaza.com/himpunan_fatwa/?p=32


2 Komen:

Anonymous said...

buat kajian lagi...

badar29808 said...

kalau ada tambahan silakan. ini sahaja yang kami mampu. harap dapat beri tunjuk ajar

wallahu a'lam

JOM RENEW KEAHLIAN BADAR ANDA!