Friday, December 31, 2010

SYARAT UNTUK PENUTUPAN AKAUN SSPN DAN TUNTUTAN GERAN SEPADAN

A. PENUTUPAN AKAUN
    Dokumen yang perlu disertakan adalah seperti berikut:- 
    1. Borang Penutupan Akaun SSPN; 
    2. Salinan Mykad/Kad Tentera/Kad Polis Pendeposit;
    3. Salinan Kad SSPN;dan
    4. Salinan Sijil Kematian (sekiranya berlaku kematian kepada penerima manfaat-jika berkaitan)
       
      Nota : Salinan Mykad/Kad Tentera/Kad Polis Pendeposit , salinan Kad SSPN dan salinan sijil kematian (jika berkaitan) hendaklah disahkan oleh pihak diberi kuasa.
       
 B. Tuntutan Geran Sepadan
 Pendeposit hendaklah mengemukakan dokumen sokongan yang telah disahkan bagi tujuan tuntutan Geran Sepadan seperti berikut:-
  1. Surat tawaran melanjutkan pengajian ke IPT; dan
  2. Slip bayaran yuran ke IPT atau surat  pengesahan masih aktif belajar di IPT.

Nota : Sila pastikan tandatangan pendeposit adalah sama pada Borang Pembukaan Akaun SSPN dan Borang Penutupan Akaun/Slip Pengeluaran Deposit/Tuntutan Geran Sepadan.
  
C. Penghantaran Slip Pengeluaran/Penutupan Akaun 

    Borang yang lengkap diisi boleh dihantar melalui  kaunter perkhidmatan PTPTN di One Stop Center, KL Sentral atau mana-mana ejen PTPTN seperti berikut:
    1. Bank Simpanan Nasional;
    2. CIMB Bank Berhad;
    3. Agro Bank;
    4. Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad;
    5. Bank Islam Malaysia Berhad;dan
    6. Maybank. 

      Atau Diposkan kepada PTPTN di alamat seperti berikut:- 
      Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Bahagian Simpanan Pendidikan Aras 6, Wisma Chase Perdana Off Jalan Semantan, Damansara Heights 50490 Kuala Lumpur (u.p: Unit Pengeluaran dan Tuntutan) Tel: 03-2080 4455 Faks: 03-2098 6589

             One Stop Center PTPTN terletak di alamat berikut:
             Unit 1S, 2S & 5-6S
             Level 2, Stesen Sentral Kuala Lumpur
             50470 Kuala Lumpur


    sumber: PTPTN

    0 Komen:

    JOM RENEW KEAHLIAN BADAR ANDA!